//gadiswanny
Tuan Puteri Kedaung

Awak panggil saya wanny
Seorang gadis antilipas
Pencinta kepada alam kehijauan
Seorang peminat tegar ungu violet



Celoteh Tentangku Sahabat Kesayangan




Menteri Kewangan




Perkongsian Ilmu



Halwa Telinga





Borak Kosong

Tinggal jejak disini
Penggunaan bahasa yang indah
Follow wanny . wanny follow semula
Salam perkenalan awak semua ^_^


Penyokong Hebat!

Credits!



Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Helped: Waniy Pepeng♥
Others: Gadiswanny♥  




'Hidup baru

Assalamualaikum / 13 Sept 2014
Hye uolls..especially to all bloggers. Ya Allah..boleh tak cakap kalau blog wanny nie sudah sangat2 la berhabuk. Setahun lebih meninggalkan dunia blogger ni sekejap. Bukanlah meninggalkan tapi dek kesibukan yang teramat, masa nak curi untuk menjengah blog kesayangan pun tak dapat. Lagi2 sejak menjadi pelajar sepenuh masa ni. Oh yaa.. wanny sekarang dah jadi orghang utagha.. Haha..menetap dekat kedah selama 4 tahun nie, belajar dekat uum. Cakap pun da macam oghang Kedah sikit jaa ni. Hee. Herm.. wanny rindukan kehidupan dulu. Bukan tak nak berdepan dengan cabaran, tapi bila dugaan satu - satu datang menerpa. Allah jela tao, kuat tak kuat hati ni. 

Depan orang berlagak macam acah - acah kuat kan. Tapi sebenarnya taklah kuat mana pun. Kalau nak ikutkan hati, macam2 yang nak dikongsikan selama 2 semester dekat negeri Kedah ni. Awak2 semua pernah dengar Sintok dak?? Haaa.. dekat situlah wanny tinggal okay. Hee.. Mana yang nak pi jalan - jalan dekat Padang Besar, Perlis. Jangan lupa singgah dekat uum.. Mana tahu boleh jadi bestfriend?? Kan?? Ya Allah.. banyak sangat nak story ni. Bukan kisan cintan.. Tapi kenangan dan pengalaman selama 2 sem dekat uum ni. And for your information, now I'm already in semester 3. Senior sudah kita. Hehee.. Cerita nie semua macam warming up my blog pulak kan. Peaceee... sorry blog for not spending time with you... Memang alkisahnya cerita wanny ni banyak yang akan jadi terobek jewla nanti.. Hee.. Mata gila da kuyu..tak tahu nak bebel panjang apa2 lagi. Sebab esok kena bangun pagi..ada ko-k.. Sebelum tu kita nak belanja sikit muka acah2 senior, muka berlagak orang tua padahal muda lagi.. Hee...


p/s : ini namanya muka poyo sangat tao..dalam kelas sempat lagi kan. Bergambar itu penting..hee..bye!!nanti kita sambung lagi...

'PENGUMUMANN..!!

Assalamualaikum..
Teruja. Tersenyum. Perasaan bercampur - aduk. Senyuman yang terukir kian melebar. Pengumuman!!! Sebelum itu.. Bismillahirrohmanirrohim.. :)

TARAAAAA!!! TERUJANYA!! :)

 Kami tiga sekawan akan melebarkan sayap perlahan - lahan dalam bisnes online. Terdiri daripada kami tiga belangkas iaitu wanny sendiri, fazilah dan hidayah. Lebih kurang setahun perancangan kami ingin menceburkan diri dalam bisnes online. Insya-Allah sekiranya bisnes yang dirancang bertapak dan berkembang dengan baik, kami akan menyusul lagi dengan perancangan yang akan datang bagi mengembangkan lagi bisnes kami. Barangan online yang akan kami jual nanti insyaAllah merangkumi seluruh keperluan dan kelengkapan wanita seperti trend baju terkini, koleksi tudung ( selendang & tudung bawal ) , produk kecantikan wanita dan seumpama dengannya. Bermula dari kepala hingga ke hujung kaki. Fashion is the part of women's beauty.  Oh yeahh! 

Insya-Allah jika tiada halangan, online shop kami akan bermula sekitar bulan Mac. Nanti anda boleh like fanpage kami. Sebagai permulaan, anda boleh berbeli - belah dan berurusan dengan kami menerusi fanpage kami di facebook. Semuanya nanti wanny akan beritahu kemudian. Yang pasti, harga barangan kami berpatutan. Alah membeli, menang memakai. Bulan Mac nanti insyaAllah kami akan mulakan online shop kami. Harap anda dapat memberikan sokongan anda dengan mengeLIKE fanpage kami nanti okay. Semoga segala perancangan berlangsung dengan baik. Amin. Sokongan anda sangatlah wanny hargai. :)

P/S : entry pendek sahaja sekadar ingin mengumumkan online shop D' FANY FASHIONISTA kami yang akan bermula sekitar bulan Mac. Sokongan anda wanny sangat hargai. Terima kasih. :)


Labels: ,


'Ayam Dendeng

Assalamualaikum
Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Alhamdulillah. Masih lagi diberi kesempatan untuk mengecapi kehidupan kurniaan Allah. Semoga kita sebagai hamba Allah yang lemah ni dapat meningkatkan lagi amal ibadat untuk persediaan alam akhirat. Amin. Seronoknya la buka TV tengok adik - adik yang berkobar - kobar dengan semangat baru pergi ke sekolah. Almaklumlah. Segalanya baru. Stok - stok kawan pun baru juga. Teringin pula hati ni hendak ke sekolah balik, belajar dalam kelas. Rindu saat - saat macam tu. :') 

Wanny sekadar ingin berkongsi resepi. Tidaklah hebat mana pun. Sekadar mencuba dan ubah suai sikit resepi ini ikut cita rasa wanny. Bagi para ibu atau kaum hawa yang hendak mencuba resepi ini, boleh salin resepi dekat kertas kosong ya. Resepi yang sangat mudah untuk dimasak. Sudah cuba masak - masak dekat dapur tu, komen la sikit kalau menjadi. :)

Bahan - bahan yang diperlukan :
  • 1 ketul ayam - dipotong 12
  • 2 ketul gula Melaka ( ikut sedap rasa )
  • 2 sudu besar @ table spoon air asam jawa ( ikut sedap rasa )
  • bawang goreng
  • secubit garam
  • secubit gula
p/s : untuk tambahkan keenakan masam - masam manis, boleh lebihkan sedikit gula dan air asam

Bahan - bahan untuk dikisar dan tumis :
  • 5 tangkai cili kering ( goreng seketika kemudian kisar. Bagi yang suka pedas, boleh tambah lagi cili kering )
  • 10 ulas bawang merah ( dikisar )
  • 2 inci halia ( dikisar )
  • 4 ulas bawang putih ( dikisar )
  • 2 biji buah pelaga ( dikisar )
  • 3 batang kulit kayu manis ( tumis )
  • 3 kuntum bunga lawang ( tumis )
  • 2 kuntum bunga cengkih ( tumis )
Cara - cara Penyediaan :
  • Ayam digoreng seketika dan angkat. Jangan goreng ayam sampai kering.
  • Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian, masukkan bahan - bahan yang dikisar. Tambahkan sedikit air.
  • Apabila sudah mula naik baunya, masukkan pula air asam jawa dan gula melaka.
  • Seterusnya, masukkan secubit garam dan gula secukup rasa.
  • * Bagi mereka yang suka rasa pedas - pedas lada hitam, masukkan secubit serbuk lada hitam.
  • Masukkan ayam dan gaul rata.
  • Bagi anda yang suka kuah lebih dalam masakan, tambahkan sedikit air.
  • Biarkan mendidih selama 5 - 10 minit sehingga ayam tadi masak sepenuhnya.
  • Akhir sekali, bolehlah masukkan bawang goreng.
  • Angkat dan hidangkan di atas pinggan.
  • Sedia untuk dimakan! Sedap. Jangan lupa mencuba masak di rumah okay. ^_^



p/s : Resepi ini wanny kongsikan dengan anda semua. Sangat mudah cara penyediaannya. Simple but nice. Cuba nanti okay. :)

Labels: