Tuan Puteri Kedaung ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Menteri Kewangan Perkongsian Ilmu Halwa Telinga ![]() ![]() Borak Kosong ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Penyokong Hebat! ![]() Credits! ![]() ![]()
| ![]()
Assalamulaikum penghulu segala hari.. :) setelah beberapa hari tidak mengupdate blog, hari ni baru berkesempatan nak mencoret sesuatu dekat blog tersayang ni. Sebelum tu, hati kecil ni ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk berpijak dekat bumi Allah di samping menggunakan deria yang sedia ada ni untuk menghirup udara Allah. Syukur alhamdulillah. :) kebetulan sekarang ni ialah bulan ramadhan, bulan suci yang dinanti - nantikan oleh setiap para muslimin dan muslimat untuk mempertingkatkan lagi amal ibadat di bulan suci ni. Sementara diberi kesempatan ni, wanny nak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al- mubarak. Ahlan wa sahlan ya ramadhan. Semoga puasa tahun ni lebih baik dari bulan puasa sebelumnya. :)
Bila tengok persekitaran yang sihat, sudah semestinya hati.. akal fikiran mahupun setiap genap anggota badan ni pun nak jadi sihat. Hati terasa tenang bila ada kawan - kawan bercerita tentang kisah2 nabi @ cerita2 yang berkisarkan islamik. Teringat pula dekat diri yang tidak seberapa ni. Automatik fikiran menerjah masa - masa lalu yang banyak dengan dosa. Dosa yang secara tidak sengaja atau sengaja dilakukan. Astaghfirullahal'azim. Diri ni teramat sangatlah kerdil. Sejujurnya bila pergi keluar, tengok kaum - kaum hawa yang berpurdah, bertudung labuh. Haihh..cemburu melihat mereka, sebabnya diri ni belum sampai masanya untuk jadi seperti itu. Allah belum lagi mengurniakan hidayah untuk menjadi wanita muslimah yang sebenar dekat wanny. Mungkin banyak lagi perkara yang wanny kena perbaiki. Yela, kita ni manusia bukanlah sempurna.
InsyaAllah akan sampai jua hidayah Allah dekat wanny untuk wanny berubah ke arah yang lebih baik, dalam menjadi wanita muslimah yang diredhai. :) Tengok adik perempuan wanny satu - satunya da berubah ke arah yang lebih baik, sebagai seorang kakak, hanya senyuman dan doa yang mampu dihadiahkan. Syukur alhamdulillah. Sejuk dan tenang hati setiap kali tengok adik wanny, dan hati tiba - tiba sangatlah tersentuh bila dia menunjukkan tudung labuh dan purdah - purdah yang dikumpulnya secara senyap - senyap. Mak pun tak tahu melainkan wanny la yang tahu. Sememangnya nama faizah pun membawa maksud seorang yang alim dan adik wanny sama seperti maksud nama dia. :) Orang yang baik akan dipertemukan jua dengan orang yang baik. Semoga faizah akan dipertemukan dengan insan yang soleh untuk menjadi imam dalam hidupnya. Doa seorang kakak untuk seorang adik..
Ya Allah ya Tuhanku..
Kau jadikanlah adik - adikku sebagai hambamu yang soleh dan solehah..
Jadikanlah adik - adikku permata dan bidadari syurgamu Ya Allah..
Kau kurniakanlah kejayaan untuknya di dunia dan di akhirat..
Sesungguhnya ku pohonkan keredhaanmu ya Allah..
Aminn..
Labels: gadiswanny ![]() |