//gadiswanny
Tuan Puteri Kedaung

Awak panggil saya wanny
Seorang gadis antilipas
Pencinta kepada alam kehijauan
Seorang peminat tegar ungu violet



Celoteh Tentangku Sahabat Kesayangan




Menteri Kewangan




Perkongsian Ilmu



Halwa Telinga





Borak Kosong

Tinggal jejak disini
Penggunaan bahasa yang indah
Follow wanny . wanny follow semula
Salam perkenalan awak semua ^_^


Penyokong Hebat!

Credits!



Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Helped: Waniy Pepeng♥
Others: Gadiswanny♥  




'KASIHNYA SEORANG ISTERI TERHADAP SUAMI




Assalamualaikum :) baru lepas update lagu dekat blog wanny nie. Sangat tenang bila dengar lagu macam nie, lagi - lagi bila boleh membawa keinsafan dekat diri. Sebelum tu nak cakap sesuatu, Hari Raya Aidilfitri @ Hari Raya Puasa minggu depan ( Ahad - 19 Ogos 2012 ). Cepat sungguh masa berlalu. Wanny memang tak sedar langsung yang raya makin menjelma ni. Almaklum la, sibuk dekat rumah buat tempahan biskut raya, sudah macam kilang biskut dah dekat rumah nie.Siang tadi baru lepas habis exam, ni yang malam ni berkesempatan nak mengupdate entry dekat blog wanny nie. Tengah2 berblogwalking, wanny buka website nie yang berkaitan dengan isu perkahwinan. Tiba - tiba baca satu artikel nie, kisah benar yang menyentuh perasaan bila membaca.

Kisah ni berkenaan dengan pengalaman seorang ustaz ni sendiri dalam memandikan jenazah. Jenazah yang dimandikan oleh ustaz nie merupakan suami kepada seorang isteri ni. Seorang isteri ni menangis - nangis hendak memandikan jenazah arwah suami dia. Bapa dengan ahli forensik tidak bagi untuk si isteri berbuat demikian. Almaklum la, wanita yang memandikan jenazah lelaki. Sepatutnya kaum lelaki yang memandikan jenazah lelaki kan. Si isteri bertegas, sambil menangis dia berkata dengan bapa dan ahli forensik tersebut, " Ini janji kami berdua. Abang mati dulu, kamu mandikanlah jenazah abang. Andai kamu mati dulu dari abang, abang yang akan memandikan jenazah kamu, " ni merupakan antara dialog si isteri dengan arwah suaminya.

Dari luar bilik mayat, ustaz tadi bertanya berkenaan masalah mereka dan ustaz berkata tidak menjadi masalah kalau isteri hendak memandikan jenazah suami. Ustaz bersama beberapa orang lagi menemankan si isteri untuk memandikan jenazah suaminya, dengan tenang si isteri memandikan wajah suaminya sambil berdoa, " Inilah wajah suamiku yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.  ". Si isteri seterusnya membasuh tangan suami sambil berkata, " Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami. Masuk ke mulut kami. Moga Allah memberi pahala kepadamu wahai suamiku. ". Ustaz yang mendengar luahan hati seorang isteri ,yang melihat suaminya terbujur kaku semasa memandikan jenazah suami yang sangat dicintainya meleh air mata kerana tidak dapat menahan sebak.

Wanny yang baca kisah ni pun sebak sikit sebab terharu dengan kasih sayang yang terpamer antara mereka. Syurga seorang isteri dibawah telapak kaki suaminya. Selama mana seorang isteri taat kepada suami, menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, InsyaAllah, mudah bagi isteri - isteri untuk masuk ke syurga. Cerita ni pun menjadi satu pengajaran juga untuk wanny dalam mempersiapkan diri  menjadi seorang isteri kelak jika dipanjangkan umur, InsyaAllah.


Labels: