Tuan Puteri Kedaung ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Menteri Kewangan Perkongsian Ilmu Halwa Telinga ![]() ![]() Borak Kosong ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Penyokong Hebat! ![]() Credits! ![]() ![]() |
![]()
Assalamualaikum wbr kepada para muslimin dan muslimat sekalian, para pembaca yang buka blog wanny dan salam jumaat. Oh ya, kita di bulan apa sekarang??? bulan syawal?? wanny sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini dengan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga syawal kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita yang sudah sedia terjalin dengan amalan saling bertandang rumah ke rumah, ziarah - menziarahi antara satu sama lain dan saling bermaafan okay. Sikap memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain dengan seikhlas hati merupakan amalan yang mulia di sisi Allah. Jadi, tidak rugi kalau kita memaafkan kesalahan orang lain kan. Wanny minta maaf kerana sangatlah lama tidak mengupdate dan mencoret sesuatu dekat blog kesayangan wanny ni. Almaklum la, sebelum ni masa bulan puasa wanny sangat sibuk bersama ibunda tersayang menyiapkan tempahan biskut raya. Jadi, sekarang ni baru berkesempatan meluangkan masa sekejap dengan blog wanny. Banyak benda yang hendak diceritakan, daripada cerita yang sudah basi sampailah ke cerita yang segar - bugar. Hehe. Ni namanya mengumpulkan cerita dalam satu masa untuk dimuntahkan ke dalam blog kesayangan.
( MENJELANG HARI RAYA : PENGAKHIRAN BULAN PUASA )
Seperti yang sedia maklum, wanny dengan ibunda tersayang berniaga biskut selama bulan Ramadhan, buat biskut berdasarkan tempahan orang. Harga untuk biskut yang kami jual sangatlah berpatutan., tak tahula kalau ada orang yang jual lagi murah daripada kami. Balang kecil ( 50 biji @ 55 biji : RM 17 ), balang besar ( 100 biji @ 105 biji : RM32 ). Murah kan?? Tahun depan jika panjang umur, sesiapa yang hendak buat tempahan dengan kami, sila bagitahu awal - awal ye untuk mengelakkan tempahan anda ditolak.Tahun ni alhamdulillah, rezeki daripada Allah. Tempahan banyak sangat sampaikan ada tempahan yang terpaksa ditolak. Almaklum la, yang membuat biskutnya hanya 3 orang diketuai oleh leader kami yang sudah semestinya ibunda tersayang dan dibantu oleh kami adik - beradik. Mak tak mahu upah orang. Mak cakap, " buat apa nak upah orang..mak kan ada asisstant dua orang ni. Buat kerja, jangan tidur!". Hehe. Tersenyum jela dengar mak cakap. Walau macam mana sekalipun, wanny gembira dan rasa sangat seronok buat biskut ni. Sampaikan muka pun sudah macam biskut. Hehe. Masa ni merupakan hari pembungkusan biskut. Jadi, gambar pun tidak sempat hendak ambil banyak - banyak, sempat ambil gambar biskut sikit je. Kena marah dengan mak, hehe. " orang sibuk packing biskut, awak ni sibuk ambil gambar biskut".
( MALAM RAYA : 18 0G0S 2012 )
" Dengan ini diumumkan bahawa tarikh hari Raya Aidilfitri jatuh pada 19 0GOS 2012 iaitu pada hari Ahad " . Yeahh!! Esok raya. Teruja sangat da ni. Ehh!! Kejap. Kuih raya untuk sendiri dekat rumah tidak ada????! Disebabkan esoknya raya, wanny dibantu oleh adik perempuan satu - satunya untuk buat biskut samperit dan makmur. Sudah mengahampiri pukul 2 pagi, tetap paksa mata ni untuk berjaga buat biskut raya. Orang lain sudah tidur lena dibuai mimpi, cik wanny dengan adik still berhadapan dengan ketuhar. Oleh sebab kepenatan yang melanda, dulang terakhir yang berisikan samperit agak hangit. Tak comel sudah samperit cik wanny. Bila orang tanya kenapa warna macam ni, wanny jawab , " malam rayanya kerja..kengantukan..macam ni la jadinya..hekhekk :)" . Nasib baik langsir da siap gosok dan pasang sekali masa siangnya, jadi malam tidak kelam kabut la hendak pasang langsir.
Kebiasaannya setiap kali raya akan terhidang macam - macam jenis lauk - pauk. Kesuntukan masa, kami hanya sempat masak rendang daging dengan gulai daging sahaja. Semuanya berunsurkan daging. Kuinkuinn. Sayur - mayur tidak sempat masak. Sesiapa yang datang rumah, kita makan daging okay.. :) Adiosssss!
( HARI RAYA MENJELMA SUDAH..! 19 0G0S 2012 )
Alhamdulillah.. Menapak juga kita ke hari raya. Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan untuk segenap lapisan umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan. Kepada kaum hawa yang tidak dapat menggenapkan puasa sebulannya oleh sebab perkara - perkara yang tidak dapat dielakkan, tidak mengapa kerana ada hikmah di sebalik semua ini. Jadi, jangan bersedih okay. Peringatan juga dekat diri sendiri. :')
Bercakap pasal warna baju raya, baju raya wanny sekeluarga sebenarnya warna keemasan @ gold gitu. Tapi last minute nya cari, tidak pun jumpa - jumpa. Nampak baju warna coklat ni cantik, angkut jela. Baju wanny dengan adik memang dari kecil lagi sama. Pernah juga cakap dengan mak nak berbeza sikit dengan adik, tapi mak tak bagi. Kononnya biar nampak sedondon adik - beradik perempuan. Hehe. Adik lelaki mengikut tema asal tapi warna lari sikit dengan warna tema raya tahun ni sebab baju adik lelaki yang dibelikan dahulu. Tahun ni kami sekeluarga beraya dekat rumah nenek belah bapak dekat Kerdas, Gombak. Alorhhh.. dekat je pun. Mana ada jauh. Dekat bandar juga walaupun nampak la kampung - kampung sikit. Walau macam mana sekalipun, kehangatan raya tetap dirasa. Malas hendak cakap panjang lebar. Tengok gambar - gambar dekat bawah yew. Setiap gambar ada ceritanya. Adiossss. :)
( KAWAN - KAWAN SERTA YANG TERSAYANG BERTANDANG KE RUMAH :
RAYA KE-5 )
Labels: gadiswanny ![]() |