//gadiswanny
Tuan Puteri Kedaung

Awak panggil saya wanny
Seorang gadis antilipas
Pencinta kepada alam kehijauan
Seorang peminat tegar ungu violet



Celoteh Tentangku Sahabat Kesayangan




Menteri Kewangan




Perkongsian Ilmu



Halwa Telinga





Borak Kosong

Tinggal jejak disini
Penggunaan bahasa yang indah
Follow wanny . wanny follow semula
Salam perkenalan awak semua ^_^


Penyokong Hebat!

Credits!



Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Helped: Waniy Pepeng♥
Others: Gadiswanny♥  




'RAGAM BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum warohmatullah wahai bloggers2 sekalian, para readers dan sekalian muslimin dan muslimat dekat luar sana. Harap kalian diberi kesihatan tubuh badan yang sempurna okay.. :)

Niat berpuasa

Puasa tak?? macam mana puasa?? okay tak?? insyaAllah moga puasa kita ni diredhaiNya okay. Seperti yang sedia maklum, sekarang ni kita da berpuasa masuk hari yang ke-16. Haishhhh..pejam celik pejam celik dah hari yang ke-16 kan. Kejap sungguh puasa, sampaikan tak terasa cepat sungguh masa berlalu. Okay, wanny suka sangat masa bulan puasa ni ada sebab - sebabnya tao. Antaranya :
  • tolong mak buat biskut. Hoiiii...! sibuk mengalahkan Perdana Menteri, ni gara - gara sibuk nak menyiapkan tempahan biskut raya yang datang mencurah - curah ni. Alhamdulillah. Rezeki bulan ramadhan.
  • hantu, jin dan segala macam makhluk halus TAK ADA!! haha.. ni antara FAKTOR PENTING tao kenapa wanny suka sangat bulan puasa. Almaklumlah, otak fikiran ni sudah dipengaruhi dengan zaman kanak - kanak nye fasal. Sikit - sikit hantu. Ha! bulan puasa la masanya hantuuussss nie tak ada. SUKA!! ( info tambahan : wanny merupakan seorang yang penakut okay! takut gelap..he..bila bulan puasa, tak ada la 'benda - benda' yang boleh mengakibatkan wanny rasa seram sejuk nie.he..
  • akan makan macam - macam jenis makanan yang beraneka warna, daripada makanan yang boleh menambahkan kalori badan @ lemak dalam badan kita sehinggalah ke makanan yang menjadi pencuci mulut. Jadi nanti bila masa nak berbuka je, macam - macam jenis lauk atau kuih la yang ada. Ha! ni yang membuatkan badan cik wanny sorang ni makin comel..uhukkuhukkk! (bukan comel, montel okay! )
  • Bazar ramadhan. Suka tengok suasana bazar ramadhan. Macam - macam jenis ragam manusia boleh tengok dan ni la masanya mereka nak mencari rezeki. Manusia macam semut tao! Pening tengok orang ramai nak beli makanan. Kalau diikutkan nafsu ni, memang semua makanan nak dibolonnya @ beli. Sampaikan nanti tak termakan makanan. Almaklumlah, bulan puasa. Nafsu makan tak ada la sangat. Nafsu nak membeli je kan. PERINGATAN! ELAKKAN PEMBAZIRAN DI BULAN PUASA TAO.. 
  • pusat membeli - belah pulak tak nak terlepas peluang dengan diskaun - diskaun yang bestt!! Nak tarik pelanggan, sudah semestinya la kena bagi diskaun lebih. Tambahan pula raya yang bakal menjelma ni, memang masing - masing berduyun - duyun la  nak beli baju raya, kasut raya dan sewaktu dengannya la.
Penat membebel. Ha! nie la kenapa wanny suka bulan ramadhan, dalam masa yang sama jangan lupa dengan iabadat wajib dan sunat yang harus dilaksanakan okay. Bulan puasa memang macam - macam ragam la yang ada tapi menjalankan ibadat yang boleh mendekatkan diri dengan Allah jangan lupa kejar. Banyak fadhilatnya tao! Pahalanya pula 2x ganda. Tak nak kejar pahala kew???? ha..tepuk dada, tanyalah selera okay. Antara amalan yang boleh dilakukan dalam bulan puasa nie ialah :
  • membaca al - Quran
  • berzikir
  • solat sunat terawih
  • solat sunat dhuha,taubat dll
  • bersedekah
  • dan sewaktu dengannya :)
Dalam menjalankan amal ibadat puasa nie, iman kena kuat tao menahan godaan - godaan yang menggoda dan mencucuk - cucuk iman kita nie.. ( heii! apa nur azwani membebel nieyh!pelik2 la.. tapi awak2 paham kan?? :) ) Selamat berpuasa! lagi beberapa hari jew lagi nak menyambut hari raya aidilfitri. Ha! tahan - tahankan nafsu membeli - belah tu yew.. Setakat ni dulu la yew wanny mencoret sesuatu dalam blog wanny. Terima kasih kerana membaca.
Ikhlas dari wanny. Assalamualaikum.

Labels: