//gadiswanny
Tuan Puteri Kedaung

Awak panggil saya wanny
Seorang gadis antilipas
Pencinta kepada alam kehijauan
Seorang peminat tegar ungu violet



Celoteh Tentangku Sahabat Kesayangan




Menteri Kewangan




Perkongsian Ilmu



Halwa Telinga





Borak Kosong

Tinggal jejak disini
Penggunaan bahasa yang indah
Follow wanny . wanny follow semula
Salam perkenalan awak semua ^_^


Penyokong Hebat!

Credits!



Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Helped: Waniy Pepeng♥
Others: Gadiswanny♥  




'SENYUMAN KEMBALI MELEBAR


Folio Seni STPM setebal 3 inci.

Assalamualaikum wbr. Wanny minta maaf sebab update blog. Rasa pelik bila sudah lama tidak menaip ni. ikutkan hati memang tak nak update. Tapi nak cerita juga. Sekali jew, lepas ni kembali fokus dekat STPM wanny yang tinggal sebulan sahaja ni. Haishh.. nyawa - nyawa ikan sudah ni. Jangan mengalah dulu, bersedia untuk bertempur dalam medan pertempuran peperiksaan pula sekarang ni.SERAM SEJUK TANGAN..!

Alhamdulillah. Perkataan pertama yang terpacul keluar daripada mulut wanny. Syukur alhamdulillah kerja - kerja portfolio seni dan pengkaryaan atas kanvas selesai sudah. Macam - macam dugaan dalam penyiapaan portfolio seni ni. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Memang cakap dan tengok macam senang. Tapi, dugaan hendak menyiapkan folio setebal 3 inci ni. Mula - mula cikgu cakap, " awak semua kena buat folio seni. Setebal 3 inci " . terfikir sendiri. Apa ke tebal folio nie. Hendak diselitkan apa sahaja dalam folio ni. Apa sahaja?? macam - macam benda kena sumbat dalam folio. Lukisan realistik, lakaran perkembangan idea, assignment.. dan macam - macam la. Masa pembungkusan folio seni dan kanvas untuk dihantar ke MPM, sempat ambil gambar dengan lukisan - lukisan yang dihasilkan oleh wanny. Sedih pun ada, segala penat lelah menyiapkan folio ni, akhirnya selesai sudah. Malah dibungkusnya cantik - cantik untuk dihantar ke MPM. Terfikir juga, boleh ke aku lukis nie, warna - warna kanvas pula. Yela, daripada aliran sains tulen melompat pula ke aliran kemanusiaan. Tambahan pula ada seni, lukis - lukis. Mulanya tu pun tidak berapa minat sangat. Tetapi, hari berganti hari minat melukis mula berputik senyap - senyap ni. Hehe..

Selama 9 bulan tempoh perlaksanaan portfolio seni ni, macam - macam benda yang sudah wanny lalui. Suka dan duka. Bagi tahu duka dulu la ye. Ngeee. Mak bapak wanny agak membantah bila tahu wanny melukis.Mak bapak wanny tidak mahu wanny terlalu asyik melukis, sampai pernah kena marah tao. Yang sukanya bila wanny dapat melukis objek secara realistik dan untuk pertama kalinya wanny dapat menghasilkan sebuah karya yang membuatkan wanny tersenyum. Hehe. Kalau tengok, memang pening la lukisan wanny tu. Sebab namanya pun tema kemelut. Wanny buat lukisan tema PENJARA tao. Memang berkemelut sedikit la wanny selama penghasilan karya. Lagi - lagi apabila buat penyelidikan pasal penjara ni. Mcam - macam kisah yang wanny dengar, wannny lihat sendiri. Semua ni seronok tao! It's fun!

Inilah yang dinamakan pengalaman. Pengalaman mendewasakan kita kan. Jadi wanny sudah dapat pengalaman berhadapan dengan situasi tekanan. Pernah berhari - hari juga tidak tidur semata - mata mahu menyiapkan kerja folio ni. Sampaikan lebam mata. Pernah juga menangis disebabkan idea melukis tiba - tiba semput, kena marah dengan cikgu, rasa tertekan sebab tidak dapat belajar secara aman. Yela, asal teringat belajar, teringat kerja seni. Bila hendak makan sahaja, teringat seni. Sampaikan ada satu malam wanny termimpikan pasal  penjara. Punyalah kemelut masa tu kan. Hehee. But now..... I'M FREEEE!!YEHOOOOO!! Suka sangat apabila semuanya selesai. Peperiksaan makin hampir. Doakan yang terbaik untuk wanny. Selangkah lagi wanny akan masuk ke alam unversiti. Hey kampus! hey universiti! hey aliran - aliran! hey kawan - kawan baru! hey pensyarah! tunggu  kehadiran wanny tahun hadapan. Ada rezeki, insyaAllah wanny akan menjejakkan kaki wanny ke sana. Sebelum betul - betul menyepikan diri balik selepas ni, tengok la gambar - gambar lukisan yang wanny hasilkan untuk folio wanny yew. Ni antara yang sempat wani ambill gambar. Dann.. wanny ada bergambar dengan kanvas wanny juga. Assalamualaikum. :) Selamat malam semua. :)


Keadaan kelas yang dilabelkan sebagai tongkang pecah..kuuinnkuinn..masa ni hari terakhir sebelum penghantaran portfolio.



Ni bahagian sudut hadapan kelas. 


Bahagian belakang. Cantiknya pemandangan. Hehe. Asalnya tempat meletak makanan, tapi sekarang tempat meletak barang - barang seni.


Final painting dekat atas kanvas wanny ambil subjek ni sebagai objek utama dalam painting wanny.

Muka nak buat seram tapi macam kelakar.


Mari belajar tengkorak!


Gigi terlebih sudah..peace yaoww!


Istilah sains untuk tulang ni please.. :)


Otot - otot muka bila sudah dilukis nampak hodoh dan menakutkan.


Cikgu cakap awak buat muka ni sebagai final dekat atas kanvas memang kemelut karya awak nanti..


Lukisan tangan 1.


Lukisan tangan 2.


Lukisan tangan 3.


Penjara!!Bersesuaian dengan tajuk yang wanny buat.


Hari pembungkusan folio seni dan kanvas.


Ni muka kawan wanny yang separuh gila sudah sebab tak tidur semalaman. HAHA


Mat remoo seh!! Buat kemelut tema Cinta. errrr


Kajian warna 1.

Kajian warna 2.

Kajian warna 3. Kajian warna ni wanny pilih untuk final.

Kajian warna 4.

Yeahoooo! Siap!! Ni la final wanny. "Di Sebalik Tirai Besi". Pening kan?? Di sebalik darah yang bercucuran jatuh tu, ada 3 muka yang tersembunyi dan telah diabstrakkan. Emosi yang menggambarkan perasaan banduan dalam penjara.


P/s : Alhamdulillah. Selesai segala folio seni yang agak mencabar wanny jugak untuk disiapkan. Sekarang masanya untuk fokus balik dekat STPM. Sebulan sahaja lagi. Curi masa dan melanggar peraturan wanny, sebab update. Kuinkuinn. Okayla, Doakan wanny. Kembali menyepi semula. Assalamualaikum dan jaga diri. :)

Labels: